Wednesday 8 April 2015

ISTANBUL - MY DREAMS COME TRUE - DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDER-MANCHESTER Part 9



DARI  ALEX  KE ISTANBUL

baca Part  10 di sini

tanpa dirancang, dapat juga aku menyaksikan kehebatan Masjid Biru dan Aya Sofia.


1.  Setelah tiba di  Asobiyah Alexandria, penulis dan isteri yang kepenatan  tidak terdaya untuk membawa bagasi kami naik ke kediaman Naemah yang berada di paras 5 (tanpa lift). Ditakdirkan Allah swt, kami bertemu dengan seorang anak muda iaitu Affuan yang baharu pulang  ziarah sahabat beliau yang tinggal di paras dua. Affuan mempelawa kami ke aparment beliau yang terletak bersebelahan dengan apartment Naemah (paras tiga dan ada lift). Dari situlah mula persahabatan kami. Affuan tinggal bersama isteri iaitu Nurun Aina dan seorang anak bernama Putri Affina Sofea. Pasangan ini sungguh baik hati dan mempunyai peribadi mulia. Kami dilayan seolah-olah kami anggota keluarga mereka. Affuan atau Ustaz Affuan lulusan dari Insaniah Kedah. Beliau menemani isteri beliau yang sedang menuntut di sebuah universiti di Kota Alex. Nurun Aina pula  berasal dari Pantai Dalam KL. Beliau pernah menuntut  di Madrasah Darul Saadah, Titi Besi Kepala Batas Kedah. Kebetulan ketika kami sampai ke kediaman Affuan, terdapat sepasang lagi pelajar Malaysia yang berkunjung ke rumah Affuan iaitu Ustaz Muaz, isteri beliau Mardhiah dan bayi baru berusia dua bulan Muhammad Zakir. Setelah solat dan makan malam, penulis mengajak Affuan ke Kota Alex membeli matawang Lira Turki untuk perbelanjaan kami di Istanbul kelak. Malangnya tidak ada kedai  pengurup wang  di Kota Alex yang menjual matawang Lira. Kira-kira jam 12.30 malam kami ke Airport Alex di temani oleh Affuan dan Muaz yang membawa keluarga masing-masing. Ustaz Azin dan isteri Ummi bantu mengurus tremco yang membawa kami ke airport. Terima kasih semua.

Putri Affina Sofea

Famili Ustaz Affuan dan Ust. Muaz bersama mengiringi  kami ke Airpot Alex.

2. Kami tiba di Airport Alex jam 1.30 pagi. Flight kami dijangka bertolak jam 3.45 pagi ke Istanbul. Terdapat beberapa kumpulan jemaah umrah Arab Mesir sedang menunggu penerbangan mereka  ke Jeddah. Kami akan transit di Istanbul selama tujuh jam sebelum bertolak ke Manchester. Persoalannya, sempatkah kami melihat Masjid Biru dan Aya Sofia yang menjadi impian sekian lama... ? Ya Allah permudahkan segala urusan kami. Tiba-tiba muncul dua orang anak muda Melayu di Balai Perlepasan. Penulis  terus menyapa mereka. Mereka adalah Amirul @ Amy dan rakan. Kedua-duanya berasal dari Seremban, kini sedang mengikuti pengajian perubatan di Universiti Alex. Mereka nak ke Istanbul menghabiskan cuti semester. Memandangkan mereka sudah booking hotel dan pihak hotel menyediakan bas shuttle untuk pick up mereka di airport, maka kami boleh tumpang shuttle tersebut kerana hotel mereka terletak dalam kawasan Sultan Ahmet yang terdapat Masjid Biru.  Selesai masalah. Terima kasih Allah.


Airport Alex tidak sesibuk Airport Cairo

Penulis bersama Amirul (sweater kuning) dan rakan

Inilah TK 0697 yang akan menerbang kami ke Istanbul

3. Kami tiba di Airport Ataturk Istanbul jam 6.00 pagi. Airportnya besar dan sebok. Urusan imigresen Amirul, rakannya dan isteri penulis lancar. Tetapi apabila sampai giliran penulis, nampak macam ada sesuatu yang tidak kena. Pegawai imigresen asyik membelek-belek pasport penulis dan menelefon kepada pegawai atasan. Akhirnya, setelah hampir 20 minit, pasport penulis di cop. Puuii...!! Alhamdulillah lega. Kami semua diberi visa VoA (Visa on Arrival).  Kami terus dapatkan bas shuttle yang masih menungu kami di pintu Balai Ketibaan. Perjalanan ke hotel mengambil masa hampir 40 minit. Berbanding dengan Kota Metropolitan Cairo, pemandangan sepanjang jalanraya menuju ke hotel lebih  teratur, bersih dan  cantik. Suhu kira-kira 8'C tetapi nyaman. Terdapat deretan bangunan baru dan lama termasuk kota-kota lama tersusun dengan rapi. Itulah gambaran awal Istanbul atau Turki amnya sebagai sebuah negara membangun. 

kota-kota lama  atau cidatel di selenggara dengan baik.

4. Istanbul atau Constantinople diasaskan pada Tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Constantine. Ia adalah pusat pemerintahan kerajaan Byzantine.  Lokasinya yang strategik antara Benua Asia dan Eropah menyebabkan  Napoleon Bonapart pernah berkata, “…kalaulah dunia ini ibarat sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya." Apabila agama Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, usaha-usaha untuk menawan Constantinople sering menemui kegagalan. Akhirnya pada tahun 1453, Constantinople jatuh juga ke tangan Empayar Islam, iaitu Empayar Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Muhammad al Fateh. Sebenarnya kejatuhan Constantinople ke tangan Sultan Muhammad al Fateh sememangnya telah dinanti-nantikan sejak peperangan Khandak lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit Khandaq bersabda......

Sultan Muhammad Al-Fateh
”Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yg menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yg berada di bawah pemerintahannya adalah sebaik-baik pasukan.”

(H.R. Ahmad bin HanbalAl-Musnad 4/335)

Sultan Muhammad al Fateh telah menukar Constantinople kepada nama baru iaitu, Istanbul hinggalah ke hari ini.


5. Bas shuttle kami menyusuri lorong-lorong  dengan deretan kedai-kedai yang beroperasi pada bangunan ala Eropah. Hampir kesemua permukaan jalan raya dan bahu jalan dibina dari blok-blok batu dalam beberapa design yang menarik. Terdapat banyak hotel terutama hotel budget  di situ. Akhirnya kami diturunkan di Hotel Maywood. Hotel tiga tingkat ini meskipun nampak kecil dari luar, tetapi sunggunh cantik pada sebelah dalam. Ruang lobi diletakkan set sofa dengan kusyen empok dan  mewah. Dari situ kami dapatkan map Istanbul dan lokasi objek pelancongan yang berdekatan. Kami juga telah booking bas shuttle yang akan menghantar/menjemput penumpang dari Airport Ataturk.

masih awal pagi. Tetapi pada waktu malam macam suasana Jalan Bukit Bintang di KL


dekorasi dan perabut mewah dalam hotel


6. Lokasi hotel memang strategik. Info yang kami dapat, sekiranya berjalan kaki  ke Aya Sofia 20 minit,  Blue Mosque @ Sultanahmet Camii 25 minit dan Grand Bazaar 30 min. 


perkhidmatan tram moden, cekap dan kerap.

7. Setelah menapak kira-kira dua kilometer, macam tak percaya, "my dreams come true", apabila penulis  melihat kubah dan menara Masjid Biru a.k.a. Masjid Sultan Ahmet iaitu masjid bersejarah di Istanbul yang dahulunya ibu negara Empayar Uthmaniah (Tahun 1453 - 1923M). Dibina pada tahun 1609 dan dirasmi pada tahun 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed 1.


Masya Allah cantik...cantik  dan sungguh sempurna senibina akitekture. Pada waktu malam lagi cantik kerana disinari lampu berwarna warni
Selalunya couple berposing macam ni sebagai mengiratkan kasih dan sayang



dataran pada sebelah dalam



kapet tebal dan cantik

8. Tiada ungkapan yang boleh diucapkan betapa cantiknya dekorasi pada sebelah dalam masjid. Terdapat tiang-tiang  marmar dan lebih dari 200 jendela kaca berwarna warni dengan berbagai rekacipta dan corak yang memancarkan cahaya dari luar dengan dibantu chandelier. Dekorasi lainnya adalah kaligrafi ayat-ayat Al Qur’an yang sebahagian besar dibuat oleh Syed Kasim Gubari, salah satu kaligrafer terbaik pada masa itu.






beberapa masjid di Negara Mesir seperti Masjid Ali Pasha di Cairo mempunyai lampu seperti ini


  Sultan Ahmed membangun Masjid Biru untuk menandingi bangunan Aya Sofia buatan Caisar Byzantime iaitu Constantin I, Aya Sofia berada satu blok dari Masjid Biru.




ramai pengunjung sedang menunggu gate Aya Sofia di buka.

9.  Kami seterusnya bergerak ke museum Aya Sofia yang terkenal dengan keindahan arkitekturnya, Aya Sofia sangat unik karena sejarahnya, iaitu pertama dibangun sebagai gereja. (Agama Kristian adalah agama rasmi pada Zaman  Constantinople), lalu diubah menjadi masjid selama 500 tahun apabila Sultan Muhammad al-Fateh menawan Istanbul dan sejak pemerintahan sekuler Kamal Atartuk, Aya Sofia  telah menjadi muzium sehingga kini.


muzium yang menghadap ke arah laut





antara kedai yang baru mula perniagaan


di situ juga terdapat beberapa buah bangunan kampus Universiti Istanbul.

pengangkutan awam yang sangat cekap





salah sebuah stesen tram yang berdekatan dengan kawasan Aya Sofia.



bas hop-on dan hop-off  menunggu penumpang



sedap....roti simit - sarapan kami pada pagi tu



kami borong soviner di sini.


pilih-pilih, 5 pcs 10 Lira.

10. Tepat pukul 12.0 bas shuttle datang ambil kami di hotel Maywook untuk ke airport. Selamat tinggal Istanbul. Panjang umur jumpa lagi........

perjalanan ke airport nampak cruise Selat Bosphoros sedang menunggu penumpang



tembok lama yang ada nilai sejarah kerajaan Rom dan Islam.






salah satu persimpangan jalan menuju ke airport - hampir tiada bahasa Inggeris
terminal 1. lihat papan display departure - banyak destinasi


seorang remaja Turki kerja sebagai pengilap kasut. Apa macam remaja/belia Melayu ?

alas perut di sini


berbagai kemudahan di sediakan kepada para pelawat

kesibukan dan kecantikan bandaraya Istanbul





BERSAMBUNG :   PART 10 : DAH SAMPAI DAH MANCHESTER. Baca  DI SIN







No comments:

Post a Comment