Friday 24 April 2015

SHEFFIELD - THE GREENEST CITY - (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 14





SHEFFIELD - THE GREENEST CITY YANG MENDAMAIKAN



BACA  PART  15  DI SINI


1. Kami merancang bercuti selama tujuh hari  di Sheffield. Pada hari kedua, kami menghabis masa di Roebuck Road, berehat kerana keletihan. Semenjak menjejak kaki ke 'Bumi Mat Saleh' iaitu ke Manchester, aturcara kami sangat padat  dan kempunan merasai nasi dan gulai. Oleh itu, di Sheffield kami dapat makan nasi berlauk kari ikan mackeral dan tuna yang dimasak oleh Izati dan rakan-rakan. Sheffield, South Yorkshire adalah kota ke-6 terbesar di Britain. Terletak di antara Leeds, Bradfort, Nottingham, East Midland dan  Manchester. Didiami seramai setengah juta penduduk. Terkenal sebagai 'The Greenest City' kerana bandar tersebut terdapat lebih dua juta pokok yang tumbuh di situ. Terdapat 50  buah taman awam  dalam bandar dan pinggir bandar  dan lestari alam sekitar yang bersih. Menurut akhbar tabloid tempatan, The Daily Star " Sheffield has been hailed as the greenest city on the planet after sending the lowest amount of waste to landfill ‘in the world". Hakikat tersebut diakui sendiri oleh penlis kerana tahap kebersihan sama ada di kawasan bandar atau pinggir bandar amat tinggi. Konsep pembangunan mampan dipraktikkan oleh Sheffield City Council, meskipun kehadiran pelajar asing yang ramai di daerah tersebut. Sebagai contoh, sistem pungutan sampah domestik. Pada setiap rumah dibekal dua buah tong sampah, berwarna biru, hitam. Tong atau kotak biru untuk pungutan kertas, kad, kaca, tin dan botol plastik untuk dikitar semula, Tong sampah hitam untuk sisa dapur dan makanan. Penulis nampak rumah di penghujung blok ada tong hijau khusus untuk pembuangan sampah dari taman/laman seperti rumput, daun atau ranting pokok yang juga untuk proses kitar semula.  Apa yang menarik, pihak City Council akan menyediakan khidmat mengangkat tong sampah ke kerbside khusus bagi penghuni OKU atau uzur. Kerajaan Pulau Pinang yang bercita-cita menjadikan negeri tersebut "The Greener & Cleaner Penang" boleh belajar dari Sheffield City Counsil dalam perkara tersebut.


tong sampah di himpunkan  ke kerbside 

sticker arahan diletakkan pada penutup tong


kreatif - sticker memaklum tarikh collection tong biru yang akan datang
kincir angin penjana kuasa elektrik di pinggir Sheffield

2. Sheffield dikaitkan dengan pengeluaran keluli iaitu industri penting semenjak tahun 1800-an Berikut adalah beberapa tempat menarik yang sempat kami berkunjung sepanjang masa berada di Sheffield. 


  • Weston Park - lokasi bersebelahan kediaman Dayah di Crookes More. Berupa taman dengan rimbunan pokok rendang, padang, kolam yang terdapat kawanan itek berenang, gelangang tenis, tugu peringatan dan di situ juga terdapat Muzium Sheffield. Meskipun ketika penulis berkunjung ke situ pada hujung winter, namun, padang rumput dan taman kekal hijau. Kami menyaksikan beberapa tunas pokok  mulai tumbuh setelah sekian lama 'mati' ketika awal winter dulu. Weston Park dikunjungi oleh orang awam dan masyarakat pelajar untuk mendapatkan ketenangan dan kedamaian. Sesuai untuk kunjungan keluarga. Menurut Dayah, ketika ini, Weston Park sangat cantik dengan bunga-bungaan dan  menjadi pilihan mahasiswa dan penduduk tempatan untuk bersiar-siar dan berlibur.


Crookes Valley Park Boating Lake


sebahagian kejiranan di Broomhill



berbagai-bagai spesis  itik dan angsa yang jinak berenang di situ


Weston Park



taman permainan kanak-kanak 
warna purple bunga spring bulb  dan kuning daffodils yang tumbuh meliar  menjulur keluar dari raizom


Band Stand

salah sebuah memorial di Weston Park




tugu peringatan perang

  • Muzium Sheffiled - di asaskan pada tahun 1875 tetapi di upgrade dan dibuka semula pada tahun 2006. Menerima pelawat lebih dari 250,000 pengunjung setahun dan pernah memenangi Anugerah Friendly Museum. Bersifat muzium interaktif, menjadikannya satu tempat pendidikan yang menyeronokkan. Terdapat empat kompenan iaitu Galeri Millenium dan Galeri Seni Graves. Seksyen Khazanah yang mempamerkan koleksi artifak dari seluruh dunia yang menampilkan replika haiwan yang jarang kedapatan atau telah pupus seperti replika badak berbulu. Manakala  seksyen ke-4 pula adalah Sejarah Evolusi  Sheffield yang bermula sebagai sebagai hab pengeluaran keluli utama terutama pada Zaman Victoria, sehingga kini.


pintu masuk  utama

muzium di Weston Park


sejarah geologi berdasarkan lapisan tanah yang menutupi permukaan bumi


ramai pelajar  sekolah/kindergarden di bawa melawat

Sheffield -  "a large market town, most noted for knives, scissors and iron-works" - Ralph Thoresby 1681


all these objects were used by Victorian maidservants.

pameran intraaktif berkaitan pertukangan besi masyarakat Sheffield














  • Peace Garden  terletak di Pinstone Sreet seluas satu ekar sesuai untuk istirehat bersama anak-anak atau lokasi sesi fotografi bagi pengantin


Peace Gardens - kanak-kanak suka ke situ terutama pada musim panas kerana ada water fountain
Town Hall

modern art  di hadapan Town Hall


  • Sheffield Winter Garden - sebuah rumah kaca terbesar  di UK, menempatkan lebih 2500 spesis tumbuhan termasuk dari tropika yang dapat hidup sepanjang tahun kerana suhu dikawal



this giant temperate glasshouse - among the top 10 most visited.  Tujuan dibina supaya penduduk Sheffield yang boring pada winter, mai ke sini tengok pokok kerana diluar sana semuanya berwarna putih dilitupi salji selama tiga bulan 




di antara pokok yang di tanam dalam  Winter Garden sama seperti yang tumbuh di Kampong Lahar Yooi

Santa Monica Civic @ Q Park  centre which is an environmentally friendly building - tempat parking 900 kereta





an tram making its way through the city centre

  • Pasar Sheffield  @ The More Market - berupa pasar basah dan kering. Bermacam keluaran hasil pertanian, ternakan dan perikanan serta rempah ratus, tepung, perasa, sos dan serba mak nenak ada.








yang ni bukan jeruk madu Pak Ali



tu dia maggi mee pun ada 


stock baru sampai - pilihan utama rakyat Malaysia di Sheffield 
  • Terdapat banyak pusat beli belah  atau outlet dan supermarket yang menjual pakaian dengan  agak murah jika ditukar dengan nilai ringgit. 

ini untuk cucu saya 



Bersambung - SIRI 15 : THE UNIVERSITY OF SHEFFIELD

No comments:

Post a Comment