Monday 25 May 2015

LONDON - MENYUSURI SUNGAI THAMES (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 18








LONDON - PENGALAMAN  MENYUSURI  SUNGAI  THAMES 



Baca Part   19     DI SINI




1. Hari ke-2 di London. Selepas solat subuh, penulis bersiar-siar di sekitar kediaman Tya di Fairfoot Road. Pada awal pagi hari minggu, kawasan kejiranan perumahan pangsapuri tiga dan empat tingkat itu masih lengang dengan aktiviti penduduk. Tya dan rakan-rakan telah menyediakan sarapan pagi berupa kueh pancake.  Setelah berbual seketika dengan mereka yang peramah dan baik hati tu, kami meminta diri untuk meneruskan perjalanan hari ke-2 ke Kota London. Mereka sudi menemani kami hingga ke stesen tren yang berdekatan iaitu Stesen Bow Road. Sekali lagi kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Tya dan housemate di atas layanan yang baik diberikan kepada kami. Semoga Allah swt membalas budi baik mereka. In shaa Allah, panjang umur kita dapat berjumpa lagi di UK atau di Malaysia. Amin. Hari yang ceria buat kami kerana cuaca baik dan pancaran matahari cerah. Kami bercadang melakukan aktiviti menyusuri Sungai Thames dengan menaiki bot pesiaran hop on hop off,  kemudian lunch di Malaysia Hall sebelum balik ke Sheffield.

ni dia English Pancake yang sangat  sedap  jika dicincah dengan maple syrup - thanks Tya & Housemate

ni lah penghuni Fairfoot Road -  Raihan, Tya yang posisi kiri sekali


2. Dari Stesen Bow Road kami turun di Stesen Trafalgar Square. Kami sempat menyaksikan upacara changging guard yang di adakan di hadapan sebuah bangunan di Raja. Ramai pelancong berkumpul menyaksikan peristiwa tersebut. Dari situ kami ke Downing Street melihat kediaman PM Britain dan seterusnya menuju ke jeti bot river cruise bertentangan dengan London Eye.

changging guard baru tamat
pengawal berkuda dengan unifrom istiadat yang dipakai pada musim sejuk
Kediaman Rasmi PM Britain  di No. 10 Downing Street- kini dipasang pagar kerana meningkatnya acaman dan serangan dari  kumpulan pengganas di UK
lagenda Sherlock Homes pada salah sebuah restoran
dua ikon kota London - pondok telefon dan bas dua tingkat berwarna merah
kena rajin bertanya supaya tidak sesat disamping menjimatkan masa pencarian sesuatu tempat/destinasi
Tesco Express terdapat banyak di sekitar Kota London - dari Tescolah kami membeli  makanan dan minuman dengan harga murah.

The amphibia - salah satu bentuk transport awam yang digunakan  menyusuri Sungai Thames.
terdapat banyak syarikat yang kendalikan bot river cruise ni. Foto : salah sesuah bot river cruise milik London Eye
deck atas (roof top) yang terdapat di bahagian belakang cruise. Narration  dalam bahasa Inggeris mengenai ikon dan tempat menarik diberi oleh touris guide
dalam salah sebuah kapal persisir yang ada deck terbuka dan tertutup. Pada deck tertutup mempunyai panorama jendela

3. Pengalaman menyusuri Sungai Thames amatlah  mempersonakan  dan boleh memukau mata memandang apabila kita disajikan satu persatu dengan ikon-ikon yang menjadi lagenda kepada pengunjung Kota London.  Malah kesemua ikon-ikon lagenda tersebut  dapat mengingatkan kita kembali tentang sejarah gemilang orang-orang Inggeris sebagai pedagang, peneroka (penjajah ?) benua-benua baru, ahli pelayaran dan mubaligh Kristian. 



  • Big Ben dan The Parliament House  - menara jam yang berusia hampir 200 tahun dengan ketinggian hampir 100 meter. Bukan sekadar ikon malah menjadi lagenda Kota London sekian lama.
ruang udara Kota London juga kelihatan sesak dengan beberapa buah pesawat yang berlegar menunggu giliran  turun mendarat di Heathrow. Kelihatan  B747 Syarikat Penerbangan El Al dari Negara Israel menunggu giliran mendarat
  • London Eye - dikenali juga Millennium Wheel. Giant Ferris Wheel itu dibina pada Tahun 1998 dengan ketinggian 135 meter, dibuka dengan rasmi pada Mac Tahun 2000 senpena masuk era millennium. Terletak di tebing selatan Sungai Thames melibatkkan kos pembinaan sebanyak GBP 70 juta. 
kini The London Eye dikenali sebagai Coca-Cola London Eye adalah ferris wheel yang tertinggi di dunia
dilengkapkan dengan 32 buah kapsul/penumpang  yang boleh muat sehingga 25 pelawat bagi setiap kapsul
macam roda basikal pula
perkhidmatan speed boat juga disediakan bagi pelancong yang mampu
TheTower of London

  • Sebelum dan semasa Revolusi Industri di Britain, Sungai Thames mengalami pencemaran air dan bau yang amat kronik sehingga membawa ancaman penyakit kolera. Tetapi pada tahun 1970-an menerusi program "Thames River Clean Up" telah berjaya menghasilkan sungai yang bersih. Kebersihan sungai telah menarik beribu-ribu ekor burung terutama seagull terbang di permukaan sungai
Sungai Thames yang bersih telah menarik ribuan burung terutama seagull mencari makan di permukaan sungai tersebut

tongkang angkut sampah dari sungai/perangkap sampah
terdapat banyak jeti yang membolehkan penumpang river cruise naik-turun
tidak kurang dari 10 buah jambatan merentangi Sg. Thames berhampiran Kota London. Salah satu jambatan dikenali Love Bridge dimana para pelawat diminta cium isteri ketika bot menyusuri bawah jambatan tersebut...tapi pelawat cuma senyum sahaja..

ni lah jambatan  London Bridge yang popular sebagai lirik lagu budak-budak tadika tu

Kapal perang HMS Belfast yang telah dilucutkan sebagai frigate dan dijadikan muzium 
London Hall
London Tower Bridge - salah satu landmark yang paling terkenal di dunia -  mempunyai dua menara klasik
pencakar langit di kawasan pusat kewangan London - terdapat menara Ibu pejaabt HSBC, Credit Suisse,  J.P Morgon dan Citi Bank

pada sebelah belakang bangunan-bangunan  ini terdapat dermaga kapal yang asal, tetapi  kini jadi marina
sebahagian daripada perumahan, resort dan hotel baharu di bina di tebing Sungai Thames
salah satu tarikan pelancong - replika kapal-kapal layar yang gagah membelah lautan

4. Hampir 40 minit kami memudiki Sungai Thames menggunakan bot river cruise, kami tiba di jeti Greenwich yang terletak pada sebelah tenggara Kota London.  Hampir keseluruhan kawasan atau daerah Greenwich tersebut telah diwartakan sebagai UNESCO World Haritage Site. Menariknya Greenwich ialah di situlah terletak GMT atau Greenwich Mean Time, yang menjadi rujukan waktu di dunia. So, Greenwich telah di beri jolokan 'where the time begins'. Pakar geografi telah menggariskan garisan longitute /meridian 0' betul-betul merentasi Greenwich. Bukan sahaja waktu piawai dunia yang dipusatkan di situ, malah turut dipamir ukuran jarak piawai dan pusat pemerhati bintang atau planet yang terletak di Kompleks Royal Observatory. Untuk makluman, Greenwich pada asalnya sebuah pelabuhan dan di situ juga terletaknya istana raja England. Kini istana raja telah diubahsuaikan menjadi sebahagian dari Old Royal Naval College yang juga sebahagian dari kampus University of Greenwich. Universiti Greenwich yang terletak dalam Greenwich Park adalah di antara universiti mempunyai kampus dan laman tercantik di UK





di sini tersimpan pelbagai artifak dan dokumen berkaitan dengan penjelajahan/explorer lautan dan benua yang di lakukan oleh pejelajah England kira-kira dua abad yang lalu.
sebahagian kampus University of Greenwich
5. National Maritime Museum di mana tersimpannya catatan  kejayaan maritim Inggris di masa lalu. Ada beberapa tempat menarik di museum tersebut, antara lain : Maritime London, Atlantic World, Oceans of Discovery. Di Maritime London terdapat koleksi pakaian kebesaran (uniform ) yang dipakai para pembesar. Sudut Atlantic World mengkisahkan  gerakan manusia dan barang yang menyeberangi Lautan Atlantik dari abad XVII sampai abad XIX terutama sekali oleh Christoper Columbus. Manakala ruang Oceans of Discovery mrnceritakan sejarah manusia dalam menjelajah dunia dan lautan. Penulis cadangkan para guru dan pelajar Geografi dan Sejarah jika berkesempatan ke UK,  susunlah lawatan ke Greenwich London kerana ilmu pengetahuan yang dipamirkan di situ sangat banyak dan berfaedah.

penulis sedang memperagakan satu dari berpuluh pakaian yang pernah dipakai oleh para explorer

Muzium Maritime Kebangsaan
cantik kan - laluan menuju ke Royal Observatory
ni dia Royal Observatory yang dikenakan bayaran masuk GBP 8 seorang. Di situ para pelawat boleh merakam kenangan meletakkan sebelah kaki di  di Zon Timur (0' -180') dan  sebelah kaki lagi di Zon Barat (0' - 180'B)
The time ball at Greenwich Observatory
The Large Talescope- model awal teleskop
panorama Kota London dari atas bukit Royal Observatory

inilah ukuran jarak piawai yang asal di pahatkan di Greenwich - perhatikan ukuran dalam unit ela (yard), kaki (feet), dan inci
ni lah Jam Greenwich Mean Time (GMT) 

Garisan Meridiam Greenwich 0' - cuba perhatikan garisan di atas permukaan jalan


ciptaan garisan latitute dan longitute pada globe



ni dia bandar Grenwich
replika kapal layar explorer The Cutty Shark yang sangat terkenal membelah lautan utama di dunia

6. Setelah penat merayau-rayau di sekitar Greenwich, kami dapatkan semula bot river cruise pulang ke Kota London. Kami merancang ke Malaysia Hall pulak untuk makan tengahari. Kami dapatkan perkhidmatan tube ke stesen Bayswater. Dari situ kami berjalan kaki ke Queensbrough Terrace di mana terdapat 'rumah Malaysia' yang dikenali sebagai Malaysia Hall. Kami terus ke paras bawah ke yang terdapat cafeteria - makan nasi. Ramai warga Malaysia terutama orang Melayu sedang menjamu selera di situ. Semuanya buat 'dek' je kat kami, so, kami pun buat dek juga kat depa, sehinggalah munculnya seorang anak muda yang hensem, berambut panjang, menegur kami dengan "assalamualaikum pak cik, makcik, apa khabar, baru sampai......" Itulah Abbasi Madani bin Dr. Mazlan (Dr Mazlan - Pengerusi SKM @ mantan calon BN lawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh dalam PRU Ke-12 dulu). Abbasi seorang yang peramah. Berborak sakan dengan kami mengenai isu-isu semasa masyarakat Malaysia di London. Beliau sudah setahun berada di London, kini sedang menuntut pada sebuah universiti dalam bidang fisiotrapi. Kami seterusnya bersolat zohor/asar di surau yang disediakan pada sebelah cafe. Kami berehat sehingga masuk waktu solat maghrib pula. Selepas solat qasar dan jamak, kami bergerak menuju ke Victoria Coach Station untuk balik ke Sheffield. Saudara Abbasi Madani sempat membawa kami ke kedai menjual souvenir dengan harga yang murah kerana beliau kenal dengan salesman dan tokey kedai tersebut. Thanks Abassi Madani. Sebenarnya terdapat banyak tempat atau destinasi yang perlu kami dilawati ketika berkunjung ke Kota London. Tetapi penulis dan isteri berpuas hati dengan intenerari yang Dayah susunkan. Apa yang penting, kami dapat bersama dengan puteri kesayangan kami di London.. In shaa Allah, panjang umur atau murah rezeki kami datang lagi ke London.
Thsanks !!  Sdr. Abbasi Madani bin Dr. Mazlan


BACA PART 17 DI SINI

Bersambung - PART 19 - KE LIVERPOOL PULA




















































































No comments:

Post a Comment